Treler terbabas, kesesakan teruk lebih 3 jam

Azyyati Ahmad
April 13, 2018 10:16 MYT
Sebuah treler terbabas di laluan bertentangan di KM28.9 arah utara (KLIA-Putrajaya). - Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS
Sebuah treler terbabas ke laluan bertentangan di KM28.9 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah utara menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam.
Ketika kejadian, treler kosong berkenaan terbabas di penghadang jalan di laluan Putrajaya ke Sepang.
Menurut PLUS Malaysia Berhad, kemalangan yang berlaku sekitar jam 3.45 petang itu menyebabkan semua lorong arah selatan ditutup kecuali laluan kecemasan.
Kerja-kerja pengalihan treler masih dijalankan.

1545hrs Kemalangan melibatkan treler terbabas di laluan bertentangan di KM28.9 arah utara (KLIA-Putrajaya). Semua lorong arah selatan ditutup kecuali laluan kecemasan. Kerja-kerja pengalihan sedang dijalankan. Sila patuhi arahan trafik dilokasi. Pandu cermat. TK atas kerjasama pic.twitter.com/rMPfhxVr6q

— PLUS Malaysia Berhad (@plus2u) April 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

4.30pm ELITE@E6 : Trafik sesak sblm Bandar Saujana Putra-KLIA & slps R&R Dengkil-Putrajaya kesan kemalangan di KM 28.8 NB (Putrajaya-KLIA). Semua lorong arah selatan terhalang kecuali lorong kecemasan. pic.twitter.com/OyX0iGJwfA

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) April 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

1711hrs Status kemalangan Km 28.8 dari Putrajaya ke KLIA. Lorong kiri telah dibuka hanya lorong tengah & kanan masih terhalang. Trafik arah selatan perlahan 18km & arah utara 4km. @LLMinfotrafik https://t.co/vdOQIogWDB

— plusline1800880000 (@plustrafik) April 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#kemalangan #KLIA #PLUS Malaysia Berhad #treler