Treler rosak, Lebuhraya Utara Selatan sesak 7 kilometer
Abd Razak Mohd Ali
November 1, 2021 08:46 MYT
November 1, 2021 08:46 MYT
TAIPING: Lebuhraya Utara Selatan sesak lebih tujuh kilometer apabila sebuah treler rosak di Kilometer 230.3 arah selatan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar, pagi ini.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 7.30 pagi di tengah-tengah lebuh raya di Bukit Berapit, dekat sini.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping menasihatkan kenderaan dari utara ke selatan, keluar di Tol Changkat Jering dan menggunakan jalan lama.
Sementara itu, berdasarkan Twitter Plusline, laluan kontra telah diaktifkan di Kilometer 231.7 sehingga Kilometer 230.7.
Sehingga jam 8.05 pagi, trafik sesak tujuh kilometer ke selatan dan dua kilometer ke utara.