Treler muatan besi terbakar di lebuh raya

Aida Aziz
Januari 6, 2023 00:55 MYT
Sebuah treler yang membawa muatan besi terbakar sebanyak 20 peratus di kilometer (km) 276.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan. - Foto JBPM Perak
IPOH: Sebuah treler yang membawa muatan besi terbakar sebanyak 20 peratus di kilometer (km) 276.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kebakaran itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada pemandu atau melibatkan mangsa.
Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.41 malam, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dengan dibantu lori tangki dari Simpang Pulai bergegas ke lokasi.
"Anggota bomba menggunakan satu aliran hose reel dengan sumber air dari tangki jentera sehingga kebakaran tersebut berjaya dipadam sepenuhnya," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Kosaidi Mohd Saad itu tamat pada jam 11.38 malam.
#treler muatan besi #terbakar #lebuh raya #PLUS
;