Treler minyak sawit terbabit kemalangan di Bidor

Bernama
Januari 15, 2025 15:30 MYT
Keadaan lori tangki muatan minyak sawit yang terlibat nahas dekat Bidor tengah hari tadi. -PDRM
IPOH: Sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit terlibat dalam kemalangan di Kilometer 348.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan dekat Bidor tengah hari tadi, menyebabkan berlakunya tumpahan minyak.

Ringkasan AI
  • Sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit terlibat dalam kemalangan di Kilometer 348.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan dekat Bidor tengah hari tadi, menyebabkan tumpahan minyak.
  • Tiada mangsa mengalami kecederaan, tetapi treler yang membawa kira-kira 45 tan metrik minyak sawit mengalami kebocoran setelah dilanggar sebuah lori lain.
  • Kerja-kerja mengawal tumpahan minyak dan pembersihan sedang dilakukan oleh bomba dan pihak Edgenta PROPEL Berhad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.52 tengah hari.
"Sepasukan pegawai dan anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor diarahkan ke lokasi kejadian.
"Tiada mangsa mengalami kecederaan dan sebuah treler membawa muatan kira-kira 45 tan metrik minyak sawit mengalami kebocoran setelah dilanggar sebuah lori lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kerja-kerja mengawal tumpahan minyak dan pembersihan sedang dilakukan ketika ini oleh bomba dan pihak Edgenta PROPEL Berhad.
-- BERNAMA
#Lebuhraya Utara-Selatan #lori tangki #muatan minyak sawit #JBPM
;