Treler bawa muatan kimia terbabas, Lebuhraya KLK sesak lebih 4km

Harits Asyraf Hasnan
Mac 30, 2022 19:25 MYT
Twitter Anih Berhad @LPTTrafik memaklumkan kemalangan melibatkan sebuah treler membawa bahan kimia itu menyebabkan kesesakan dari KM40.2. - Foto Twitter @LPTTrafik
KUALA LUMPUR: Satu kemalangan dilaporkan berlaku di Kilometer 36.2 Lebuhraya KL-Karak arah barat yang menyebabkan kesesakan lebih 4 kilometer.
Twitter Anih Berhad @LPTTrafik memaklumkan kemalangan yang melibatkan sebuah treler membawa bahan kimia itu menyebabkan kesesakan dari KM40.2.

AMARAN KEMALANGAN @LLMinfotrafik pic.twitter.com/AszqUKDhBq

— GMBK-KARAK-KTN-JABOR (@LPTTrafik) March 30, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Orang ramai yang berada di lebuhraya berkenaan diminta untuk tidak meninggalkan kenderaan susulan kandungan muatan masih belum dikenal pasti.
Sementara itu, bomba yang menerima panggilan 6.03 petang tadi memaklumkan treler tersebut membawa muatan karbon dioksida dengan kapasiti 17,000 liter.
Turut terlibat dalam kemalangan itu adalah sebuah kereta jenis Vellfire yang membawa enam orang mangsa.

7.02pm KL-Karak@E8 : Updates terkini di lokasi. Trafik kembali lancar menghala ke Kuantan, manakala hala KL trafik sesak 4KM dari Km 40.2 sehingga lokasi kemalangan Km 36.2 (Gtg Sempah-Gombak). Sila patuhi arahan petugas dilokasi.@LLMinfotrafik https://t.co/5eYy0FecFq

— GMBK-KARAK-KTN-JABOR (@LPTTrafik) March 30, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Salah seorang mangsa mengalami cedera ringan di bahagian lutut dan dibawa ke Hospital Selayang," memetik kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Selangor.
Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Selangor kini dilapor dalam perjalanan ke lokasi kejadian.
#kemalangan #KL Karak #treler bahan kimia #Anih Berhad
;