Treler bawa 22,000 liter cecair oksigen terbabas di Lebuhraya PLUS
Abd Razak Mohd Ali
Mei 28, 2020 10:37 MYT
Mei 28, 2020 10:37 MYT
Sebuah treler membawa muatan 22,000 liter cecair oksigen cecair terbabas sebelum terbalik di bahu jalan di Kilometer 391.9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan selepas Hentian Rehat Gua Tempurung dekat sini, awal pagi ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 6.31 pagi dan pemeriksaan yang dibuat mendapati tiada sebarang kebocoran dikesan setakat ini.
Katanya, pemeriksaan itu dibuat secara berhati-hati termasuk menggunakan sut kalis api bersama alat pernafasan.
"Pihak bomba masih lagi menjalankan operasi di kawasan terlibat bagi memastikan benar-benar tiada kebocoran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pemandu dan kelindan lori mengalami kecederaan ringan dan berjaya keluar sendiri dari kenderaan yang terbalik.
#alat pernafasan
#cecair oksigen
#JBPM Perak
#kebocoran
#kelindan lori
#Lebuhraya PLUS
#Lebuhraya Utara Selatan
#Lori
#oksigen
#operasi
#pemandu lori
#sut kalis api
#terbabas
#terbalik
#treler