Transformasi undang-undang lindung hak rakyat

Astro Awani
Januari 14, 2013 20:33 MYT
Persidangan Transformasi Perundangan berhubung keselamatan dan Hak Asasi bakal melahirkan masyarakat yang lebih matang dengan kerangka undang-undang yang lebih berkesan.
Ketua Pegawai Eksekutif Razak School of Government, Dr. Hamidin Hamid berkata persidangan itu adalah sebahagian besar daripada proses penambahbaikkan undang-undang yang bakal memberi manfaat kepada rakyat.
“Membina sebuah ‘rule of law’ adalah relevan demi mengutamakan hak setiap individu serta tanggungjawab bagi pihak kerajaan untuk negara dengan melindungi rakyat tanpa menidakkan hak mereka untuk masa yang akan datang,” kata Hamiddin.
Mengulas lanjut, Hamidin berkata akta perhimpunan aman 2012 telah membuka jalan kepada pengurusan hak asasi.
"Jika mereka menghormati perundangan, segala hak boleh diberikan kepada mereka. namun pada masa yang sama, mereka juga perlu bertanggungjawab terhadap setiap atur cara perhimpunan mengikut lunas undang-undang.” tambahnya.
Panel dari dalam dan luar negara turut dijemput menghadiri persidangan selama tiga hari itu bermula pada hari Isnin lalu.
#Dr. Hamidin Hamid #Persidangan transformasi #Razak School of Goverment
;