Trak polis terbalik membawa 25 tertuduh dari Mahkamah Ampang Jaya
Arfa Yunus
Februari 16, 2013 16:14 MYT
Februari 16, 2013 16:14 MYT
Sebuah trak polis dilaporkan terbalik hari ini di Jalan Pandan Utama, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi yang membawa 25 tertuduh dari Mahkamah Majistret Ampang Jaya.
Pemandu trak yang dalam perjalanan menuju ke Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya dipercayai hilang kawalan dan terlanggar pembahagi jalan di Lebuh raya MRR2 di sini.
12 tertuduh dilaporkan cedera dan telah dihantar ke Hospital Ampang manakala tujuh anggota polis yang berada dalam trak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.