Tragedi Tsunami 2004: "Ombak dah nak kena masjid, tapi..."

Astro Awani
Disember 25, 2017 04:52 MYT
Mahayuddin berkata tsunami 2004 ialah satu peristiwa yang tidak dapat dilupakannya. - Astro AWANI
Banyak kisah yang boleh dikongsi tentang tragedi tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004.
Namun bagi anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Prebet Mahayuddin Shaari, peristiwa yang tidak dapat dilupakannya adalah bagaimana ombak yang melanda kawasan masjid tidak merosakkan struktur itu.
"Masa itu, saya baru masuk APM. Masih ingat lagi sampai sekarang. Apabila sampai dekat masjid, dengan kuasa Allah, ombak yang sepatutnya kena masjid tidak ada apa-apa yang berubah pun pada masjid. Airnya pun jernih," katanya.
Pada hari insiden tersebut, Mahayuddin berkata dia sedang dalam perjalanan pulang selepas habis tugasan.
"Ketika itu, saya terima panggilan kecemasan tentang kejadian ombak besar yang melanda pesisiran Kuala Muda.
"Sampai sahaja sana, sudah boleh lihat air berlumpur dah sampai paras pinggang. Ada juga jasad penduduk kampung yang diangkat keluar. Memang saya tidak dapat lupa hari itu," katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Tragedi Tsunami 2004: "Nasib baik nampak tangan bawah runtuhan, kalau tidak..."
#2004 #angkatan pertahanan awam #APM #masjid #ombak #tsunami
;