Tragedi solat Jumaat: Jangan sebar video insiden tembakan di Christchurch - SKMM

Astro Awani
Mac 15, 2019 17:42 MYT
Orang ramai diingat agar tidak menyebarkan video insiden tragedi solat Jumaat di dua masjid di Christchurch, New Zealand. -Gambar fail
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video insiden tragedi solat Jumaat di dua masjid di Christchurch, New Zealand.
Larangan penyebaran video itu adalah untuk mengelakkan suasana panik dan marah masyarakat, selain menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
"Pihak SKMM akan turut bekerjasama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan untuk menurunkan rakaman berkenaan.
"Perkongsian kandungan bersifat mengancam dan jelik merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan pihak terlibat boleh dikenakan tindakan," kata SKMM menerusi satu kenyataan media.
Video kejadian ngeri itu dimuat naik secara langsung menerusi Facebook (Facebook Live) oleh suspek dan ia menjadi perkongsian tular sepanjang hari ini.

KENYATAAN MEDIA: Jangan sebar atau kongsi rakaman video insiden tembak di masjid christchurch#MCMC #AKM1998 pic.twitter.com/oajhV0CeX5

— MCMC (Official) (@SKMM_MCMC) March 15, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Akta Komunikasi dan Multimedi #Christchurch #insiden tembakan di Christchurch #jaga sensitiviti keluarga mangsa #New Zealand #Seksyen 233 #SKMM #Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia #Tragedi Solat Jumaat
;