Tragedi pokok rambutan, lelaki maut kepala tersepit pada dahan
Bernama
Ogos 15, 2020 16:58 MYT
Ogos 15, 2020 16:58 MYT
Seorang lelaki maut selepas kepalanya tersepit di antara dahan pokok rambutan pada ketinggian tiga meter, apabila tergelincir ketika memotong dahan pokok itu di Kampung Bukit Bangkong, Sepang pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sepang ketika dihubungi hari ini berkata kejadian berlaku semasa Puiman Semin, 54, penduduk tempatan yang mengambil upah memotong dahan pokok, sedang bekerja.
"Tuan tanah kemudiannya membuat panggilan kecemasan pada pukul 9.38 pagi. Sebuah jentera dari balai JBPM Sepang dengan lima anggota yang tiba di tempat kejadian pada pukul 9.50 pagi melakukan operasi khidmat khas menurunkan lelaki itu," katanya lagi.
Menurutnya Puiman kemudian dihantar ke Hospital Banting dan disahkan meninggal dunia.
-- BERNAMA
#lelaki
#Malaysia
#maut
#memanjat pokok
#meninggal dunia
#operasi
#pokok rambutan
#Sepang
#tergelincir
#tragedi pokok rambutan