Tragedi pelantar kren tumbang: Syarikat berdepan tindakan jika terbukti cuai - Fadillah
Rudi Affendi Khalik
Ogos 13, 2017 20:29 MYT
Ogos 13, 2017 20:29 MYT
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengesahkan pegawai daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) akan "turun padang" bagi menyiasat kes kren tumbang, hingga mengorbankan dua nyawa di tapak pembinaan Taman Capital Tanjung Tuang di Samarahan dua hari lalu.
Beliau berkata sebagai pengawal selia kontraktor ia menjadi tanggungjawab CIDB untuk melakukan siasatan berhubung apa yang berlaku.
"Jika didapati syarikat cuai dan tidak memenuhi semua keperluan selaras dengan kehendak peraturan maka syarikat terbabit bakal berhadapan tindakan," katanya ketika ditemui pada Majlis Pertukaran Memorandum bagi Program Kemudahan Pembiayaan Kontraktor Projek Lebuh Raya Pan Borneo di sini, sebentar tadi.
" Akan tetapi, lazimnya dalam kes seperti ini, siasatan akan dilakukan bersama oleh CIDB dan DOSH.
MESTI BACA: Dua maut dihempap pelantar kren
Tragedi kren tumbang Jumaat lalu telah meragut nyawa Muhammad Bake, 49 tahun dari Kampung Melayu, Kota Samarahan dan Helen Suma Gilbert, 40 tahun dari Kampung Moyan Lidang, Asajaya mati serta-merta.
#cidb
#DOSH
#Fadillah Yusof
#Helen Suma Gilbert
#Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia
#kemalangan
#kren
#Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
#maut
#Muhammad Bake