Tragedi NKVE: 'Mayat adik saya dah jumpa'

Hilal Azmi
Oktober 17, 2018 12:30 MYT
Pihak keluarga terpaksa menunggu keputusan DNA sebelum menyelesaikan pengurusan jenazah - Sumber foto Amir Hamzah Mohd Rozali
Susulan kehilangan Amir Hamzah Mohd Rozali yang dilaporkan hilang ketika cuba membantu mangsa kemalangan jalan raya di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) 12 Oktober lalu, ahli keluarga mangsa percaya mayat yang ditemui berdekatan Sungai Kandis, Shah Alam adalah Amir.
Menurut abang mangsa, Mohd Khairul Anuar Mohd Rozali, pihaknya telah melihat sendiri mayat mangsa di Hospital Shah Alam.
"Berdasarkan tanda pada badan dan kaki, saya percaya itu mayat adik saya. Kami sekeluarga telah mengesahkan mayat berkenaan selepas melihat sendiri baju yang kali terakhir dipakai Amir oleh anak buah saya yang memang rapat dengan beliau.
"Cuma sekarang polis masih menunggu hasil ujian DNA baru boleh buat urusan sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Rabu.
BACA: Dua maut, tujuh parah dalam nahas lori-kereta di NKVE
BACA: Mayat lelaki dijumpai tersangkut di Sungai Kandis
Jelas Khairul, pihaknya menghormati prosedur operasi standard yang diperlukan pihak berkuasa sebelum pengurusan jenazah diselesaikan.
"Kalau boleh, kita nak uruskan secepat mungkin kerana dah terlampau lama, tetapi kita kena tunggu la," katanya lagi.
Ketika kemalangan awal pagi Jumaat lalu yang menyebabkan seorang lelaki dan wanita maut, manakala tujuh lagi parah, Allahyarham Amir Hamzah dikatakan dalam perjalanan dengan menunggang motosikal Yamaha Y15 dari Lenggong, Perak menuju ke Padang Jawa.
Bagaimanapun, beliau hilang manakala motosikalnya ditemui dalam keadaan enjin masih hidup sebaik pihak berkuasa selesai mengalihkan beberapa kenderaan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dari Damansara menghala ke Plaza Tol Subang, awal pagi Jumaat lalu.
Ketika kemalangan awal pagi Jumaat lalu yang menyebabkan seorang lelaki dan wanita maut, manakala tujuh lagi parah, Allahyarham Amir Hamzah dikatakan dalam perjalanan dengan menunggang motosikal Yamaha Y15 dari Lenggong, Perak menuju ke Padang Jawa.
Bagaimanapun, beliau hilang manakala motosikalnya ditemui dalam keadaan enjin masih hidup sebaik pihak berkuasa selesai mengalihkan beberapa kenderaan terbabit dalam kemalangan di lokasi kejadian awal pagi Jumaat lalu.
#Amir Hamzah Mohd Rozali #hilang #keluarga #Lori #maut #Mohd Khairul Anuar Mohd Rozali #NKVE
;