Tragedi kren SUKE: Prolintas patuh arahan LLM lantik juruadit bebas

Madiha Abdullah
Mac 25, 2021 20:28 MYT
Prolintas dan SUKE akan memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada juruaudit bebas. - Gambar fail/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Projek Lintasan Kota Holding Sdn Bhd (Prolintas) menyambut baik arahan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berhubung pelantikan juruaudit bebas bagi melakukan siasatan berikutan insiden di tapak pembinaan Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) Isnin lalu.
“Prolintas dan SUKE akan memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada juruaudit bebas tersebut dalam mengkaji punca sebenar kejadian yang berlaku,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah.
BACA: Insiden kren SUKE: Mayat terakhir berjaya dikeluarkan
BACA: Siasatan tragedi SUKE siap dalam tempoh sebulan - JKKP
Insiden Kren SUKE | Identiti tiga mangsa maut dikenal pasti
Prolintas juga mengumumkan akan menubuhkan jawatankuasa siasatan dalaman sebagai langkah tambahan dan hasil laporan akan dijadikan panduan terhadap langkah-langkah penambahbaikan.
Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak mahupun kakitangan yang didapati tidak mengikut peraturan atau pengabaian prosedur, katanya.
#suke #PROLINTAS #siasatan #Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang #tapak pembinaan #tragedi suke #insiden suke #kren #terjatuh #tiga maut
;