Tragedi kepala air Jeram Air Putih: Mayat ke-8 ditemui

Nur Fazlizai Ali
Julai 4, 2023 16:42 MYT
Dengan penemuan ini lapan mayat tragedi kepala air telah dijumpai. - Foto PDRM
KEMAMAN: Mayat kelapan mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih di Kemaman ditemui kira-kira jam 3 petang, Selasa.
Mayat remaja perempuan itu dijumpai di sektor A tidak jauh dari mayat kedua yang ditemui pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kemaman,Superintendan Hanyan Ramlan berkata mayat Putri Alleya Maisarah Karim,16 dijumpai sekitar jarak dua kilometer dari lokasi kejadian.
Katanya, dengan penemuan ini lapan mayat tragedi kepala air telah dijumpai.
"Untuk makluman terkini kita telah menemui satu lagi jenazah pada pukul 3 petang maklumat yang kita terima pemeriksaan dan siasatan kita mengesahkan adalah satu mangsa wanita dan kita bawa balik ke balai polis Air Putih, saya sahkan ianya adalah Putri Alleya yang berusia 16 tahun," katanya.
Tragedi Kepala Air: Taburan hujan luar biasa dipercayai antara punca utama
Beliau berkata usaha mengesan dua lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin, 14, dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24 masih giat dijalankan.
Tragedi Kepala Air: Taburan hujan luar biasa dipercayai antara punca utama
Pada pagi Selasa, mayat Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18 tahun, dijumpai di belakang Masjid Dadong.
Mayat ditemui kira-kira jam 7.45 pagi tadi sekitar jarak 24 kilometer dari lokasi kejadian.
#tragedi kepala air Jeram Mawar Air Putih #10 sekeluarga mati lemas #Putri Alleya #Muhammad Fikri Sulaiman #Putri Nor Fatin'
;