Tragedi dinihari: Pusat jagaan Noble Care Home tidak ada permit operasi - MPKJ

Astro Awani
Disember 13, 2017 15:45 MYT
Ahli Majlis MPKJ Lai Wa Chong memaklumkan semakan rekod mendapati, rumah banglo dua tingkat itu tidak pernah memohon permit untuk beroperasi. - Foto JBPM
Pusat jagaan orang tua di Sungai Long, Kajang yang terbakar awal pagi tadi dan mengorbankan lima nyawa, dipercayai tidak mempunyai permit operasi daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).
Ahli Majlis MPKJ Lai Wa Chong memaklumkan semakan rekod mendapati, rumah banglo dua tingkat itu tidak pernah memohon permit untuk beroperasi.
"Pusat jagaan ini tidak ada rekod di MPKJ. Saya masih perlu menyemak dengan pemilik pusat itu sama ada ia ada kelulusan daripada Bomba. Tetapi semakan awal denganbomba mengesahkan mereka tidak mohon sebarang lesen operasi,"katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Jelas Wa Chang, pihaknya kini menyemak sama ada pemilik pusat jagaan itu mempunyai rekod dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurutnya lagi, pemilik rumah penjagaan swasta memerlukan permit daripada MPKJ untuk beroperasi.
Dalam kejadian awal pagi Rabu, lima orang maut dalam kebakaran pusat jagaan itu.
Empat daripada mangsa terdiri daripada penghuni yang berusia lingkungan 60-an, sementara seorang lagi merupakan pekerja pusat berkenaan berusia 28 tahun.
Punca kebakaran masih lagi disiasat.
#Jabatan Kebajikan Masyarakat #Kajang #Lai Wa Chong #Majlis Perbandaran Kajang #MPK #pusat jagaan orang tua #Sungai Long
;