Tragedi Bukit Kukus: Pasukan SAR turut selamatkan kucing yang tertimbus

Dewi Nur Harasha Alias
Oktober 20, 2018 14:04 MYT
Tanggungjawab pasukan SAR ini cukup besar dalam misi menyelamat.
Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh tapak pembinaan projek lebuh raya berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong yang masuk hari kedua telah menyelamatkan seekor kucing.
Haiwan yang dipercayai tertimbus akibat runtuhan tanah itu diselamatkan pada jam 9.30 pagi tadi.
Ketika ditemui, keadaan badan kucing itu dipenuhi lumpur dan kelihatan lemah.
Kucing yang dipercayai milik pekerja di tapak pembinaan itu mengalami kecederaan di kaki hingga menampakkan tulang.
Tanggungjawab pasukan SAR ini cukup besar dalam misi menyelamat.
#bomba #bomba dan penyelamat #bukit kukus #kucing #operasi #SAR #tanah runtuh
;