Tragedi Bukit Kukus: Dua lagi mayat ditemui

Astro Awani
Oktober 21, 2018 13:30 MYT
Mayat pertama yang ditemui hari ini berjaya dikeluarkan pada 12.40 tengah hari. - Twitter/@bernamadotcom
Dua lagi mayat dijumpai tertimbus dalam runtuhan tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong hari ini, menjadikan jumlah mayat ditemui seramai enam orang setakat ini.
Mayat pertama berjaya dikeluarkan pada pukul 12.40 tengah hari manakala mayat kedua ditemui 10 minit kemudian.
Kedua-dua mangsa merupakan warga Bangladesh. Satu daripada mereka telah dikenal pasti sebagai Mithu Hossain, 30 tahun.
Kedua-dua mayat telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang.

Satu mayat insiden tanah runtuh Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong, telah dibawa ke dalam trak polis, manakala anggota SAR sedang berusaha membawa satu lagi keluar dari tanah @501Awani pic.twitter.com/OYYitE9OTk

— FA (@FirdausAzil) October 21, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kedua-dua mayat berkenaan, dipercayai warga negara Bangladesh, namun pihak media masih menunggu pengesahan identiti dari pihak berkuasa. Kedua-dua mayat kini dibawa ke Hospital Pulau Pinang @501Awani pic.twitter.com/dOleDPefI2

— FA (@FirdausAzil) October 21, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan penemuan kedua-dua mayat terbabit, jumlah individu yang masih dilaporkan hilang kini seramai tiga orang.
Operasi mencari dan menyelamat kini diteruskan.
BACA: Tragedi Bukit Kukus: SAR hari ketiga, cari dan gali sampai puas hati - Polis
BACA: Tragedi Bukit Kukus: Operasi SAR dihentikan berikutan berlaku pergerakan tanah
#bukit kukus #paya terubong #tanah runtuh
;