Tragedi bot karam Lahad Datu: Satu lagi mayat ditemui
Radhi Muslim
Oktober 26, 2019 20:40 MYT
Oktober 26, 2019 20:40 MYT
Mayat seorang lelaki ditemui terapung perairan Pulau Mataking, Semporna, pada Sabtu.
Ia dipercayai ada kaitan dengan kejadian bot karam di perairan Merabung, Lahad Datu, pada Khamis.
Mayat tersebut ditemui tanpa baju dan berseluar pendek warna merah.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisoner Mohamad Pajeri Ali berkata, mayat berkenaan ditemui anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sebuah pos keselamatan di situ.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, pada Sabtu.
Terdahulu, sebuah bot dilaporkan karam di perairan Merabung, Lahad Datu, pada Khamis.
Seorang mangsa lelaki ditemui selamat sebelum mayat seorang wanita ditemui pada Jumaat.
Sementara tujuh individu termasuk dua kanak-kanak lagi masih hilang.
Namun, penemuan terbaru itu menjadikan mangsa yang masih hilang ketika ini seramai enam orang.
#bot karam Lahad Datu
#Lahad Datu
#mayat ditemui terapung
#perairan merabung
#polis marin
#Pulau Mataking