Tragedi bot karam: Berperahu 3 jam harap bertemu isteri
Tunku Nashrul Tunku Abaidah
Jun 2, 2013 08:32 MYT
Jun 2, 2013 08:32 MYT
Meskipun beliau sendiri masih dalam keadaan trauma, seorang mangsa yang terselamat dalam tragedi bot karam di Belaga, John Soon Hock Chiong sanggup berperahu ke lokasi nahas di Giam Bungan setiap hari dari Nanga Metah di Sarawak.
John tekad berperahu lebih tiga jam perjalanan mengharapkan menemui isterinya Roslin Jati yang masih hilang.
Lebih memilukan isterinya itu kini hamil 5 bulan .
Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.