Tragedi berhari raya, 11 cedera dua kereta bertembung

Abd Razak Mohd Ali
Jun 5, 2019 22:31 MYT
Dua kereta bertembung berhampiran Plaza Tol Sungkai menyebabkan 11 orang cedera. - Gambar ihsan JBPM
Seramai 11 orang cedera apabila dua buah kereta bertembung di hadapan Restoran Bamboo Sungai Klah, berhampiran Plaza Tol Sungkai, Perak pada petang Hari Raya pertama.
Enam yang cedera menaiki kereta Perodua Alza manakala lima lagi menaiki Perodua Myvi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak, mereka mendapat maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 4.53 petang.
“Kesemua mangsa telah bertindih di antara sama lain dan ini menyukarkan mangsa untuk keluar sendiri.
“Anggota mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan ‘rescue tool’ serta memberi rawatan awal sebelum menyerahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan lanjut,” katanya.
#1 Syawal #bertembung #cedera #JBPM #kemalangan #kereta #mangsa tersepit #Perak #plaza tol #tragedi
;