Tragedi awal pagi Syawal, penunggang motosikal parah

Abd Razak Mohd Ali
Jun 5, 2019 09:12 MYT
Kenderaan pacuan empat roda itu 75 peratus terbakar manakala motosikal terbakar 90 peratus. - Foto ihsan JBPM
Seorang penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 329 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan, awal pagi Rabu.
Kemalangan turut menyebabkan kedua-dua kenderaan musnah terbakar.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu jam 12.03 pagi.
“Kemusnahan pada kenderaan pacuan empat roda itu adalah 75 peratus manakala motosikal terbakar 90 peratus,” katanya di sini.
Menurutnya, mangsa dikejarkan ke Hospital Tapah oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Operasi yang diketuai Pegawsi Bomba Kanan II Saiful Hanif tamat pada 1.41 pagi.
#APM #Hospital Tapah #JBPM #kemalangan #motosikal #penunggang #Saiful Hanif #terbakar
;