Trafik sesak dari Bentong ke Kuala Lumpur - LLM

Rahimah Abdullah
Mei 8, 2022 15:17 MYT
Laluan Trafik di Bentong, Pahang dilaporkan sesak atau perlahan susulan cuti Aidilfitri yang berakhir pada Ahad. - Foto @LLMinfotrafik
KUALA LUMPUR : Laluan trafik di Bentong, Pahang dilaporkan sesak atau perlahan petang ini susulan cuti Hari Raya Aidilfitri yang berakhir pada Ahad.
Setakat jam 2.17 petang tadi, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melalui ciapan di Twitternya memaklumkan, trafik sesak sepanjang 10.7 kilometer dari Km 73.9 hingga Km 63.2 dari Bentong ke Lentang.

2.17pm KL-Karak@E8 : Trafik sesak/perlahan :- - 10.7Km dari Km 73.9 hingga Km 63.2 (Bentong-Lentang)

- 1.9Km dari TP Bentong hingga Km 59.9 (Bentong) - 1.7Km dari Km 56.8 hingga Km 55.1 (Bentong-Lentang)

— GMBK-KARAK-KTN-JABOR (@LPTTrafik) May 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manakala, trafik juga sesak dari Plaza Tol Bentong hingga Km 59.9, dan situasi sama sepanjang 1.7 kilometer dari Km 56.8 hingga Km 55.1.
Trafik juga perlahan sejauh 4 kilometer dari Km 53.1 hingga Km 49.1 dari Lentang ke Bukit Tinggi berikutan pertambahan kenderaan menghala ke ibu negara.
Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui ciapan di Twitter rasminya memaklumkan, jumlah trafik tinggi dilaporkan dari arah Selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) setakat jam 2.35 petang tadi.
Ia melibatkan laluan trafik dari Pulai ke Gopeng, Gua Tempurung ke RNR Tapah, Bidor ke Sungkai dan Sungai Buaya ke Rawang.

2.35pm PLUS@E1 : Aliran trafik tinggi di laluan berikut : ARAH SELATAN Spg Pulai Gopeng (6.8 km) Gua Tempurung RNR Tapah (9.5 km) Bidor Sungkai (10.9 km) Sg Buaya - Rawang (5.9 km)

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) May 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#trafik #Pantai Timur #LPT #Bentong #Aidilfitri
;