Trafik sesak 7km di Bandar Ainsdale

Bernama
Ogos 27, 2019 09:56 MYT
Keadaan sebuah treler membawa muatan tong gas yang berterabur di atas jalan selepas terlibat dalam kemalangan di KM269.9 arah utara dari Bandar Ainsdale, malam tadi. --fotoBERNAMA
Trafik dilaporkan sesak sejauh tujuh kilometer (km) di KM 269.9, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai sebelum Hentian Rehat dan Rawat Seremban pagi ini, ekoran kerja-kerja pengalihan dua lori yang terlibat dalam kemalangan, malam tadi.
Menurut jurucakap PLUS, kesesakan itu berikutan lorong kiri dan tengah, masih ditutup bagi kerja-kerja pengalihan.
"Laluan kontra juga telah ditutup. Trafik sesak 7 km," katanya di sini.
Semalam, tiga dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan, termasuk dua motosikal, di KM 269.9, PLUS arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai sebelum Hentian Rehat dan Rawat Seremban.
Bagaimanapun, maklumat terperinci kemalangan tersebut masih belum diperoleh setakat ini.

10.28am : Status terkini kemalangan di KM269.9 Utara. Lorong kiri & lorong tengah 1 masih ditutup bagi kerja-kerja pengalihan. Trafik sesak 7km dari Seremban ke R&R Seremban. Sila guna laluan altenatif. https://t.co/qcjFuBt4C6

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) August 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#Bandar Ainsdale #kemalangan #laluan kontra #Lori #maut #motosikal #nilai #PLUS #Seremban #sesak #tong gas #treler
;