Trafik perlahan di Plaza Tol Gombak, namun masih terkawal

Nickyson Nyambar
Oktober 17, 2021 16:20 MYT
Keadaan trafik di Plaza Tol Gombak menuju ke pusat bandar dilaporkan bergerak perlahan, kata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kemas kininya di Twitternya pada Ahad. - Gambar @LLMinfotrafik
KUALA LUMPUR : Keadaan trafik di Plaza Tol Gombak menuju ke pusat bandar dilaporkan bergerak perlahan.
Perkara itu dimaklumkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi ciapan Twitter dalam kemas kininya pada jam 10.59 malam.
"Trafik perlahan 2KM sebelum keluar Plaza Tol Gombak menuju ke pusat bandar," katanya.

10.59pm KLK@E8 : Trafik perlahan 2KM sebelum keluar Plaza tol Gombak menuju ke pusat bandar pic.twitter.com/4mBRGsFGWT

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) October 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, LLM turut memaklumkan trafik laluan utama semua lebuh raya bertol di Lembah Klang adalah dalam keadaan terkawal.
"Ini membabitkan NKVE@E1, ELITE@E6 & LDP@E11," jelasnya lagi.

11.11pm LEMBAH KLANG : Trafik di laluan utama semua lebuhraya bertol masih dalam keadaan lancar & terkawal termasuk NKVE@E1, ELITE@E6 & LDP@E11.

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) October 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketika ini, pihak LLM masih lagi memantau keadaan lebuh raya dan akan memaklumkan mengenai sebarang kemas kini termasuk kesesakan trafik dan kemalangan yang berlaku.
LLM turut menasihatkan pengguna merancang perjalanan dengan baik sebelum menggunakan lebuh raya bagi mengelakkan kesesakan.
"Pengguna lebuh raya di R&R perlu mematuhi SOP dan elakkan R&R yang telah penuh. Sentiasa memakai pelitup muka. Kurangkan risiko kepada jangkitan COVID-19," katanya.
#trafik #lebuh raya #Lembah Klang #Lembaga Lebuhraya Malaysia #Plaza Tol Gombak