Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama
Bernama
Februari 10, 2013 21:33 MYT
Februari 10, 2013 21:33 MYT
Pergerakan trafik di beberapa kawasan di lebuh raya utama negara malam ini dilaporkan bergerak perlahan ekoran pertambahan kenderaan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi melaporkan bahawa trafik bergerak perlahan di plaza tol Gombak menuju ke Karak.
Di bahagian Utara, trafik dilaporkan mengalami kesesakan dari Bukit Tambun menuju ke Juru berikutan terdapat kemalangan kecil namun keadaan terkawal.
Aliran trafik di bahagian selatan dilaporkan lancar.
LLM menasihatkan pengguna jalan raya agar merancang serta memandu mengikut had laju ditetapkan bagi mengelak kemalangan.