Trafik di lebuh raya utama sesak

Sinar Harian
April 12, 2024 15:41 MYT
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama sesak setakat jam 2 petang Jumaat sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri. -Gambar fail/Bernama
ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama sesak setakat jam 2 petang Jumaat sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi Aplikasi X, PLUS Trafik melaporkan, aliran trafik sesak di Pulau Pinang dari Jawi ke Bandar Cassia.
Trafik juga perlahan arah utara dari Jasin ke Ayer Keroh, Tangkak ke Jasin, Yong Peng (U) ke Ayer Hitam dan arah Selatan dari Machap ke Simpang Renggam, Johor.
Sementara itu, trafik turut sesak arah selatan dari Pendang ke Gurun, Alor Setar ke Pendang dan Sungai Petani (S) ke Bertam, Kedah.
Aliran trafik turut perlahan dari Bandar Baru Nilai ke Bandar Ainsdale, Port Dickson ke Senawang dan Persimpangan Nilai (U) arah Selatan dari Bandar Serenia ke Bandar Baru Nilai.
Di Perak pula, trafik perlahan dari Tapah ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah dan Sungkai ke Slim River. -Sinar Harian
#Aidilfitri #trafik sesak #PLUS #Hentian Rehat dan Rawat
;