Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara

Bernama
November 3, 2024 18:15 MYT
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang bergerak perlahan setakat 5 petang ini berikutan orang ramai sudah memulakan perjalanan pulang ke ibu negara selepas cuti perayaan Deepavali Khamis lepas.

Ringkasan AI
  • Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang bergerak perlahan akibat orang ramai pulang selepas cuti Deepavali.
  • Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
  • LLM mengaktifkan 26 laluan lorong pintar di lebuh raya seluruh negara untuk mengurangkan kesesakan.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E1, trafik bergerak perlahan dari Jawi ke Bandar Baharu, Bukit Merah ke Taiping Utara, Kuala Kangsar ke Terowong Meru dan Simpang Pulai ke Tapah.
"Trafik turut dilaporkan perlahan dari Bidor ke Sungkai kesan kemalangan di Kilometer (KM) 366.7 dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar ekoran kemalangan di KM419.3 yang menyebabkan lorong kecemasan terhalang," katanya ketika dihubungi.

18:11hrs Trafik perlahan arah Selatan dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung. Awasi jarak kenderaan anda. Harap maklum. @llmtrafik pic.twitter.com/4Pnv3gVXet

— plusline1800880000 (@plustrafik) November 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di PLUS E2, trafik perlahan dari Simpang Ampat ke Pedas Linggi, Senawang ke Port Dickson Utara, Seremban ke Nilai, Putra Mahkota ke Southville City dan selepas Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar.

18:04hrs Trafik perlahan arah Utara dari Simpang Ampat ke Port Dickson (U). Pandu berhati-hati. Harap maklum. @llmtrafik pic.twitter.com/ceWLR94Q9q

— plusline1800880000 (@plustrafik) November 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (E8), trafik perlahan dari Karak ke Bentong, Lenteng ke Bukit Tinggi, dan KM29 ke Plaza Tol Gombak," katanya.
Bagi mengurangkan kesesakan, LLM mengaktifkan 26 laluan lorong pintar di lebuh raya seluruh negara hari ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.
-- BERNAMA
#Deepavali #Lebuhraya Utara-Selatan #trafik sesak #PLUS
;