TPM Wan Azizah ucap takziah atas kepergian khatib Ustaz Ku Yaacob

Bernama
Jun 7, 2019 13:00 MYT
Ustaz Ku Yaacob yang menyampaikan khutbah kira-kira 1.30 tengah hari tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor HSB. - Foto Facebook/DS Ismail Mohamed Said
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim yang meninggal dunia ketika sedang menyampaikan khutbah Solat Jumaat di Masjid Al-Bukhary di Alor Setar, hari ini.
"Kematian yang cukup menginsafkan. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim.
"Semoga dikurniakan syurga bersama para solehin," kata timbalan perdana menteri di laman Twitternya, malam ini.
BACA: Meninggal semasa sampaikan khutbah: Kematian yang dicemburui
Allahyarham, 68, yang menyampaikan khutbah kira-kira 1.30 tengah hari tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah itu rebah selepas menyebut ayat 'Bertakwalah pada Allah' dan beberapa baris ayat dalam bacaan khutbahnya.
-- BERNAMA
#Alor Setar #khutbah #Ku Yaacob Ku Hashim #Masjid Al-Bukhary #menginsafkan #meninggal dunia #Solat Jumaat #takziah #ustaz #Wan Azizah Wan Ismail