TPM 'tidak yakin' pindaan RUU 355 dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini
Hafiz Marzukhi
April 1, 2017 14:54 MYT
April 1, 2017 14:54 MYT
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak yakin pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 akan dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.
"Sidang Parlimen dijadualkan berakhir pada 6 April. Saya rasa ia tidak akan dibentangkan.
"Namun, itu yang saya rasa. Keputusannya terletak pada budi bicara Speaker Dewan Rakyat," kata Ahmad Zahid.
Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang kemungkinan pindaan RUU 355 dibentangkan dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Subang Jaya pada Sabtu.
Pada Rabu lalu, Barisan Nasional (BN) membuat keputusan secara konsensus untuk tidak membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat.
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
#Abdul Hadi Awang
#jenayah
#mahkamah
#Pandikar Amin Mulia
#Parlimen
#Rang Undang-Undang 355
#RUU 355
#syariah
#undang-undang
#Zahid Hamidi