TPM terima kunjungan hormat duta besar AS
Rahimah Abdullah
Januari 27, 2017 10:33 MYT
Januari 27, 2017 10:33 MYT
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdir di ibu pejabatnya di Putrajaya.
Kamala Shirin tiba kira-kira jam 9.30 pagi, dan ia merupakan kunjungan pengenalan ke atas Timbalan Perdana Menteri.
Beliau dilantik sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia pada Jun 2016.
Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan, berkata, antara isu yang dibincangkan ialah inisiatif negara dalam menangani jenayah pemerdagangan manusia.
Jabatan Negara Amerika Syarikat akan mengumumkan penilaian tahunan mengenai jenayah pemerdagangan manusia pada pertengahan tahun ini.
Turut disentuh, perkembangan negara untuk menyertai Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat, ancaman jenayah keselamatan di peringkat serantau dan goobal serta isu migrasi.
Hubungan diplomatik Malaysia dan Amerika Syarikat bermula sejak 1957 meliputi sektor perdagangan, pelaburan, pertahanan, keselamatan, pendidikan, pelancongan, sain dan teknologi serta pertanian.