TPM: Modal insan seimbang seiring dengan kehendak semasa
Hakim Rahman
April 1, 2013 21:34 MYT
April 1, 2013 21:34 MYT
Modal insan yang seimbang akan membantu memastikan tenaga kerja negara kekal relevan dengan kehendak pasaran semasa.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata modal insan yang terancang akan melahirkan tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
Jelasnya pembangunan secara holistik juga membantu melahirkan rakyat yang bersemangat patriotik dan mengamalkan nilai-nilai murni.
Antara inisiatif tersebut termasuk Talent Acceleration in Public Service (TAPS) dan Scholarship Talent Attraction and Retention (STAR).
Tambahnya ia juga bagi memastikan tenaga kerja Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata demikian di majlis penyampaian surat tawaran Biasiswa Nasional 2013 kepada 50 pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada Isnin.
Semua pelajar berkenaan akan ditaja dari peringkat persediaan hingga ke ijazah pertama di universiti dalam dan luar negara pilihan mereka.