TPM: BR1M mungkin dinaikkan jika terus pilih BN
Astro Awani
Januari 6, 2013 09:38 MYT
Januari 6, 2013 09:38 MYT
Bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada mereka yang layak akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, pelaksanaan itu hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya rakyat terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah negara.
Beliau juga menegaskan, kerajaan BN akan terus berusaha keras membantu meringankan beban rakyat.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Perhimpunan Rakyat di Padang Universiti Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim.