TPM arahkan siasatan terhadap isu pelajar bukan Islam disuruh makan dalam 'tandas'

Haider Yutim
Julai 23, 2013 18:15 MYT
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menyiasat isu dakwaan pelajar bukan Islam yang disuruh makan di dalam tandas.
Kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menerusi laman media sosial Twitter, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab ‘jika ada asas’.

Saya telah mengarahkan KPPM utk siasat isu pelajar bukan Islam yg disuruh makan di dalam tandas. Tindakan tegas akan diambil jika ada asas

— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) July 23, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengarah Pelajaran negeri Selangor, Mahmud Karim bagaimanapun menafikan bahawa tempat tersebut adalah tandas seperti yang didakwa pihak tertentu.
Jelas beliau, sebab pelajar-pelajar tersebut ditempatkan di bilik persalinan adalah kerana kantin sekolah itu sedang diubahsuai.
Menurut Mahmud, pihak sekolah telah menyediakan bilik persalinan untuk para pelajar tersebut untuk penempatan sementara bukan bertujuan mendiskriminasi para pelajar.
"Saya dah arahkan pegawai saya untuk siasat perkara itu tetapi dakwaan itu tidak benar kerana pelajar tersebut diletakkan di dalam bilik persalinan yang tidak ada langsung mangkuk tandas kerana kantin sekolah sedang dibuat pengubahsuaian dan untuk keselesaan pelajar... bilik tu bersih, bilik tu persalinan lepas pendidikan jasmani dan tidak ada mangkuk tandas," katanya kepada Astro AWANI.
Katanya, pihak polis juga telah mendapati kes itu tidak ada unsur menganaiyai pelajar makan di tandas.
Tambahnya mereka diberikan kerusi meja untuk pelajar makan.
Meskipun bilik persalinan itu dikatakan 'bersih' oleh pengarah pelajaran Selangor, Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan pula mendapati tempat itu tidak sesuai untuk dijadikan tempat makan.
Katanya ia bukanlah perkara yang tepat untuk dilakukan kerana pihak sekolah boleh menempatkan mereka di kantin sementara untuk bulan Ramadan.
Beliau juga telah mengarahkan bilik persalinan yang dijadikan tempat makan itu ditutup serta merta dan mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) untuk menyiasat kenapa sekolah tersebut iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Presinta telah bertindak sebegitu.

SK Seri Pristina; have requested the school to immediately remove the temporary eating place from the changing room (it has been done now).

— P Kamalanathan (@PKamalanathan) July 23, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

SK Seri Prestina; have also requested BPSH Department 2 investigate why such a decision was made n why action should not b taken.

— P Kamalanathan (@PKamalanathan) July 23, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

SK Seri Prestina; it is not d right thing 2 do; d school could have appointed a temp. canteen operator 2 run the operations during Ramadhan.

— P Kamalanathan (@PKamalanathan) July 23, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

SK Seri Prestina: if the canteen is under renovation, a proper place should have been identified, surely not the 'changing room'.

— P Kamalanathan (@PKamalanathan) July 23, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hari ni, sebuah sekolah di Sungai Buloh telah dilaporkan mengarahkan semua pelajarnya yang bukan Islam makan dan minum di bilik persalinan pada waktu rehat.
Isu itu timbul setelah gambar insiden tersebut disebarkan menerusi laman media sosial, Facebook oleh salah seorang ibu bapa pelajar sekolah tersebut.
Sebelum itu, dakwaan yang mengatakan pelajar-pelajar itu telah ditempatkan di dalam tandas juga telah timbul serta menaikkan rasa tidak puas hati ibu bapa.
#makan #pelajar #puasa #sekolah #tandas
;