Touch ‘n Go perkenal NFC Luxe Card, Charm NFC sempena Krismas

Amanz
Disember 16, 2023 11:47 MYT
Touch ‘n Go LUXE Card – Titan Edition dijual pada harga RM25 sekeping manakala Touch ‘n Go Christmas Edition Charm pula dijual pada harga RM30 seunit. -Amanz
HARI Krismas hanya tinggal 10 hari sahaja lagi.
Sempena perayaan utama penganut agama Kristian ini diraikan, Touch ‘n Go melancarkan dua produk menarik iaitu kad Touch ‘n Go LUXE Card – Titan Edition dan Touch ‘n Go Christmas Edition Charm – dalam bentuk orang kuih halia.
Touch ‘n Go LUXE Card – Titan Edition ialah kad dengan sokongan NFC tetapi dalam warna hitam tidak berkilat dengan kemasan berwarna emas yang membuatkannya kelihatan mewah.
Sangat berbeza dengan kad putih edisi biasa walaupun kedua-duanya masih lagi diperbuat daripada bahan plastik.
Kad ini adalah edisi terhad dengan jumlah jualan yang sedikit.
Touch ‘n Go Christmas Edition Charm pula adalah dalam bentuk anak kunci yang juga mempunyai cip NFC membolehkan nilai ditambah menggunakan Touch ‘n Go eWallet untuk melakukan pembayaran di plaza tol misalnya.
Touch ‘n Go LUXE Card – Titan Edition dijual pada harga RM25 sekeping manakala Touch ‘n Go Christmas Edition Charm pula dijual pada harga RM30 seunit.
Ia boleh dibeli menerusi kedai dalam talian Touch ‘n Go di Shopee Mall dan Lazada eShop sekarang.
Pembelian juga boleh dilakukan menerusi pusat jualan Touch ‘n Go di Bangsar South dan NU Sentral bermula 19 Disember. -Amanz
#Touch n Go #LUXE Card #Titan Edition #Christmas Edition Charm
;