Total lockdown boleh jejaskan kesihatan mental - Pakar psikologi
Ridauddin Daud
Julai 2, 2021 18:08 MYT
Julai 2, 2021 18:08 MYT
KUALA LUMPUR: Total lockdown yang dilaksanakan di seluruh negara bukan sahaja memberi kesan kepada tingkah laku manusia malah mampu menjejaskan kesihatan mental seseorang terutamanya bagi yang sudah berkeluarga.
Pakar Psikologi SEGi University & Colleges (SEGi), Prof Datin Mariani Md Nor, berkata justeru, ketua keluarga perlu bijak mengawal emosi supaya dapat berfikir dengan rasional sekali gus membantu mereka mengurus keluarga dengan lebih baik dalam tempoh sukar.
Beliau berkata, emosi bapa, ibu bahkan anak-anak harus diurus dengan baik bagi mengelakkan konflik dalam keluarga.
“Apa yang berlaku, apabila ada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), seolah-olah dalam rumah itu kita bawa bangunan sekolah masuk dalam rumah, bawa bangunan pejabat masuk dalam rumah.
“Sedangkan dalam rumah itu dah ada kawasan tertentu, maksudnya di sini pelbagai tanggungjawab perlu dijalankan baik oleh ketua keluarga mahupun pasangan dan anak-anak.
“Dalam keadaan sekarang, dalam keadaan tak boleh keluar, anak-anak pastinya resah gelisah, apabila resah gelisah akan berlaku keriuhan. Ini sedikit sebanyak boleh ganggu ibu bapa yang bekerja dari rumah,” katanya ketika bersiaran langsung dalam Buletin AWANI pada Jumaat.
Fasa 1 PPN | Mengurus kesihatan mental dalam institusi keluarga
Tambahnya, antara cara terbaik untuk mengurangkan tekanan adalah dengan meluahkannya.
“Kalau kita ada masalah, kita tertekan, selagi kita tak luahkan, selagi itulah banyak terkumpul dalam minda. Banyak emosi dan perasaan negatif akan ada dalam diri kita.
“Tapi bila kita luahkan dengan cara menangis, luahkan dengan orang yang paling dipercayai, keluarga atau teman rapat, saya pasti perkara ini dapat kurangkan sikit bebanan atau tekanan yang ada dalam diri kita,” ujarnya.
Tambahnya, tekanan sebegitu perlu diuruskan sebaiknya agar tidak membawa kepada kemurungan yang akan memberi kesan lebih besar.
Panggilan Video | Mengurus kesihatan mental sewaktu PKP
#PdPR
#PKP
#sekatan pergerakan penuh
#pengajaran dan pembelajaran
#total lockdown
#kesihatan mental
#sekolah
#ibu bapa
#anak-anak
#SEGi