Tony Pua wajar teruskan debat 1MDB - Naib Presiden PKR

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
November 5, 2015 10:06 MYT
Adalah wajar bagi Pua (gambar) meneruskan debat mengenai 1MDB dengan Arul Kanda, kata Shamsul Iskandar. - Gambar Fail
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua wajar meneruskan debat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulannya, Arul Kanda Kandasamy, saran pemimpin komponen parti Pakatan Harapan.
Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata tindakan ini wajar demi kepentingan negara.
"Kita lihat Arul Kanda enggan berdebat dan patuh pada keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
"Jadi persoalannya, siapa yang telah mencabar Arul Kanda, jika Pua yang cabar, beliau patut teruskannya," kaa Ahli Parlimen Bukit Katil itu ketika ditemui di Parlimen di sini, hari ini.
Ditanya jika cadangan beliau ini akan dibawa ke peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan, jawab Shamsul, beliau membuat saranan ini dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai yang utama.
"Syarat sudah diletakkan. Patuhi syarat dan teruskan debat. Saya tidak nampak masalahnya," tambahnya.
BACA: Debat 1MDB: RTM hanya siarkan secara langsung debat Tony dan Arul sahaja - Salleh
BACA: Drama #Debat1MDB: Adegan menarik yang anda perlu tahu
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Arul Kanda Kandasamy #Pakatan Harapan #Tony Pua