Tony Pua terus persoal tiada tindakan terhadap 1MDB

Wan Syamsul Amly
Julai 14, 2015 12:47 MYT
Tony Pua terus persoal tiada tindakan terhadap 1MDB - Gambar fail
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini terus mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ia sekali gus menggambarkan kedegilan Tony selepas sebelum ini menerima notis tuntutan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kenyataannya mengenai 1MDB.
Najib juga pernah memfailkan saman fitnah terhadap Tony berhubung kenyataannya dalam ucapan yang dirakam pada November tahun lalu berhubung isu yang sama.
Najib menyatakan, Tony telah memfitnahnya antaranya dengan menggambarkannya telah ‘merompak’ duit rakyat berkaitan urus niaga 1MDB.
BACA: Saman fitnah isu 1MDB: Mahkamah dengar 24 Julai permohonan Najib
Sebelum ini bekas Penasihat Khas mengenai etika kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Tony juga seharusnya mengundur diri daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kerana bersikap berat sebelah apabila membuat kenyataan berhubung 1MDB.
BACA: 'Shafee perlu minta Najib cuti, bukan saya yang berundur dari PAC' - Tony Pua
Terbaharu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu Tony disingkirkan daripada menganggotai PAC berikutan sikap tidak profesionalnya yang sering mengeluarkan kenyataan berunsur tuduhan berhubung siasatan 1MDB.
Kata Shabery, pemimpin pembangkang itu kerap mendahului dengan membuat penghakiman melalui kenyataan yang dikeluarkan sebelum siasatan diselesaikan.
BACA: Kenapa takut sehingga mahu saya berundur dari PAC? - Tony Pua
Tegas Shabery, tindakan Tony itu jelas salah kerana mandat Ahli Parlimen Tony sendiri selain tujuan utama kerajaan adalah untuk mencari kebenaran.
Sebelum ini,bekas Pengerusi PAC, Tan Sri Azmi Khalid meminta ahli PAC supaya tidak mengeluarkan kenyataan bersifat penghakiman.
TONTON: 1MDB: Polis sedang tentukan ketulenan dokumen bocor
Katanya individu terbabit juga boleh dirujuk kepada Parlimen untuk ditentukan hukuman.
BACA: Arul Kanda nafi dakwaan Tony Pua, bertegas 1MDB sedang disiasat
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga pernah mencadangkan Tony berundur diri daripada PAC bagi membolehkan siasatan ke atas 1MDB dijalankan dengan lebih telus dan adil.
Jelasnya, tindakan Tony Pua itu bukan sahaja memalukan PAC, malah institusi Parlimen kerana bertentangan dari segi moral dan integriti bagi individu yang disifatkan profesional dan berpelajaran.
#1MDB #PAC #Tony Pua
;