Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua hari ni menafikan telah mendesak penutupan sebuah pasar Ramadan di Taman Cempaka, kawasan Bukit Katil, Melaka atas sebab 'kesesakan lalu lintas'.
"Umno yang menutup bazaar Ramadan, tetapi saya yang dituduh menghasut sentimen perkauman dan 'menyinggung perasaan umat Islam'," kata beliau dalam satu sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.
Menurutnya, dia tidak pernah meminta supaya pasar Ramadan ditutup malah ia telah disalahtafsirkan oleh akhbar yang didakwanya memberikan 'persepsi palsu' bahawa DAP merupakan parti yang sering mencabar kepentingan Islam.
Pua turut mencabar akhbar tersebut, iaitu Utusan Malaysia, supaya memperbetulkan tuduhan mereka dengan menerbitkan berita mengatakan DAP sebenarnya mempertahankan hak orang-orang Islam.
Beliau, sebaliknya telah mendakwa kerajaan negeri Melaka di bawah Barisan Nasional (BN) lah yang bertanggungjawab menutup bazar Ramadan di Taman Cempaka termasuk pasar Jonker Walk.
"Walaupun kedua-dua pasar Jonker Walk dan bazaar Ramadan Taman Cempaka mempunyai sejarah selama 13 tahun, ia ditutup oleh kerajaan Umno kerana MCA tewas di Kota Melaka, dan Umno yang diwakili oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam tewas di Bukit Katil.
"Ini merupakan tindak balas dendam oleh Ketua Menteri Melaka baru, Datuk Idris Haron yang mungkin masih didalangi Datuk Seri Ali Rustam yang tidak puas hati dengan rakyat yang memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat," kata Pua yang juga anggota parlimen Petaling Jaya Utara.
Dalam satu artikel yang disiar Mingguan Malaysia baru-baru ini, penulis Awang Selamat telah mendakwa Pua mengatakan beliau, dalam memperjuangkan peniaga Jonker Walk, telah ‘menyinggung hati umat Islam’ apabila mencadangkan pasar Ramadan ditutup kerana menyebabkan kesesakkan lalu lintas.
Pada minggu lalu juga, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz telah menolak dakwaan yang mengatakan penutupan pasar Jonker Walk di Melaka adalah bagi ‘menghukum’ pengundi Cina di situ.
Bagaimanapun, menteri kanan itu telah meminta Ketua Menteri Datuk Idris Haron untuk mempertimbangkan langkah tersebut kerana pasar itu dianggap sebagai tarikan pelancong.
Keputusan kerajaan negeri Melaka untuk menutup Jonker Walk telah disifatkan pembangkang sebagai ‘pembalasan politik’ terhadap pengundi Cina kerana tidak mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.
Isu berkenaan timbul selepas perkara itu didakwa oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kesidang, Chin Choong Seong.
Haider Yutim
Mon Jul 01 2013


Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.