Tony Fernandes sinis dengan kemudahan baru di klia2

Malik Ridhwan
Januari 27, 2018 10:00 MYT
Badlisham berkata kemudahan SBD sudah dipasang di klia2 dan proses daftar masuk menjadi lebih pantas. - Gambar Twitter / Badlisham Ghazali
Hubungan dingin antara syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia dan pengendali lapangan terbang di Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bukan sesuatu yang baru.
Episod baharu dalam ‘drama’ dua pihak itu mencuri perhatian apabila Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali memuat naik satu tweet di akaun Twitternya memaklumkan mengenai kemudahan daftar masuk bagasi sendiri atau ‘self-baggage drop’ (SBD) baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

The Self Bag Drop (SBD) equipment has been installed at klia2. Testing and integration with airlines next. Soon check in will be faster at klia2. pic.twitter.com/GjuArFOAkH

— Badlisham Ghazali (@ShamG63) January 25, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, tweet tersebut menerima reaksi pantas daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
“(Anda) mengambil masa terlalu lama tetapi (kami) teruja ianya bakal beroperasi. Terima kasih. Banyak lagi boleh dilakukan. Di Senai, lapangan terbang swasta, kami bakal memperkenalkan sistem daftar masuk menggunakan pengimbas muka,” kata Fernandes dalam tweet beliau.

Taken say to long but glad it's on its way. Thanks. Much more to do. In Senai a private airport we are about to do facial boarding . #ilovesenai

— Tony Fernandes (@tonyfernandes) January 26, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut sumber, AirAsia bakal memperkenalkan teknologi baru itu di Lapangan Terbang Antarbangsa Senai, Johor Bahru tidak lama lagi, dan satu acara dijangka diadakan pada Februari nanti.
Ini sebagai salah satu langkah digitalisasi AirAsia ke arah menjadi sebuah syarikat penerbangan digital.
Sebelum ini, MAHB berkata ia akan menyediakan 15 kaunter di barisan V dan W di klia2 dengan kemudahan SBD. Tempoh pemasangan SBD mengambil masa antara 7 Januari dan 11 Februari 2018.
Kemudahan SBD adalah Scan&Fly oleh SITA, pakar terkemuka dalam teknologi maklumat dan komunikasi pengangkutan udara, boleh dinikmati lebih daripada 25 juta penumpang AirAsia, yang melalui klia2 dalam setahun.
Baca lagi: MAHB laksana daftar masuk bagasi sendiri di KLIA2
Badlisham berkata dengan sistem SBD di terminal itu, masa giliran mendaftar masuk bagasi boleh dikurangkan separuh dari masa sebelumnya iaitu 2.5 minit bagi setiap penumpang sebelum ini kepada hanya satu minit bagi setiap penumpang.
#AirAsia #Badlisham Ghazali #KLIA2 #MAHB #Malaysia Airports #SBD #self-baggage drop #Tony Fernandes
;