Tony dan isteri perkenal cahaya mata ketiga menerusi LinkedIn
Nickyson Nyambar
Oktober 4, 2021 21:25 MYT
Oktober 4, 2021 21:25 MYT
KUALA LUMPUR: Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan berumah tangga sudah semestinya mengukir senyuman buat mana-mana individu yang bergelar suami isteri.
Demikian juga buat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes dan isteri, Puan Sri Chloe Kim yang baharu saja menerima kehadiran cahaya mata tercinta yang diberi nama Aliyah Ena.
Menariknya, pasangan itu memahatkan memori indah menyambut kelahiran anak ketiga mereka dengan cara yang berbeza dari yang lain iaitu dengan memperkenalkan menerusi rangkaian sosial, LinkedIn.
"I'm a father again, saya mempunyai dua orang anak dan sekarang anak ketiga. Aliyah Ena, selamat datang ke dunia," katanya di laman tersebut.
Aliyah Ena Fernandes dilahirkan pada 14 Ogos 2021 hasil perkahwinan Tony dan isterinya Chloe yang berasal dari Korea.
Mereka mendirikan rumah tangga pada Oktober 2017 dan perkahwinan mereka diadakan di Cote d'Azur, Perancis.