Tongkang karam di Banting, 1 lagi mayat ditemui

Astro Awani
Jun 19, 2014 11:20 MYT
Tongkang karam di Banting, 1 lagi mayat ditemui
Satu lagi mayat ditemui pagi tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kematian nahas tongkang karam di Banting meningkat kepada sepuluh.
Mayat berjantina lelaki itu ditemui oleh pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 9.15 pagi dan dibawa ke jeti oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat sekitar pukul 9.55 pagi.
Daripada 10 mayat yang sudah ditemui, 8 daripadanya adalah lelaki.
Tragedi tongkang karam itu berlaku pada awal pagi Selasa di luar pantai Selangor, berdekatan Sungai Air Hitam, Banting. Tongkang tersebut membawa 97 penumpang yang terdiri daripada pendatang asing Indonesia.
Mayat yang ditemui semalam telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.
#Banting #Indonesia #tongkang karam
;