Tommy Thomas: Polis Kelantan terima 15 laporan, diserah kepada Bukit Aman
Bernama
Februari 8, 2021 16:29 MYT
Februari 8, 2021 16:29 MYT
KOTA BHARU: Polis Kelantan telah menerima 15 laporan polis berkaitan buku yang ditulis oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas setakat ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata kesemua laporan berkenaan telah diserahkan kepada Bukit Aman untuk tindakan lanjut.
"Kebanyakan laporan diterima di Kota Bharu yang dibuat oleh individu dan juga pertubuhan bukan kerajaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Buku berjudul "My Story: Justice in the Wilderness" tulisan Tommy itu dikatakan berbaur hasutan serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara selain didakwa memesong sejarah negara dan memperlekeh Jabatan Peguam Negara.
-- BERNAMA
#Bekas Peguam Negara
#Polis Kelantan
#Tommy Thomas
#Bukit Aman
#Ketua Polis Kelantan
#Shafien Mamat
#Peguam Negara
#My Story Justice in the Wilderness