Tolonglah ubah sikap! TMJ kesal masih ramai tidak prihatin aspek kebersihan

Astro Awani
Januari 23, 2023 15:30 MYT
Situasi menyakitkan mata dan hati di Pantai Tanjung Balau seperti yang ditularkan seorang penmgunjung yang kecewa. - Twitter Adly (@Separa_Penuh)
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru anggota masyarakat khususnya penduduk negeri Johor, agar mengubah cara pemikiran berkaitan isu kebersihan.
Dalam respons terhadap satu ciapan di Twitter, Tunku Ismail nyata kesal apabila masih ramai yang tidak prihatin terhadap aspek kebersihan.
Kata Tunku Ismail, biarpun pasukan petugas sudah melaksanakan kerja-kerja pembersihan, ia tidak akan memberi impak besar jika orang ramai tidak memainkan peranan.
"Saya berharap masyarakat menghormati negeri dan alam sekitar kita dan ubahlah mindset dari membuang sampah merata-rata.
"Apabila saya pantau, selepas kerja pembersihan dibuat, pembuangan sampah terus berlaku di setiap tempat. Tolonglah ubah sikap," tulisnya.

Tindakan sudah di ambil. Saya berharap masyarakat menghormati negeri dan alam sekitar kita dan ubahlah mindset dari membuang sampah merata2. Apabila saya pantau, selepas kerja pembersihan dibuat, pembuangan sampah terus berlaku di setiap tempat. Tolonglah ubah sikap #mindset https://t.co/WVrNUJPkUM pic.twitter.com/EYdkHyZ4ol

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) January 22, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kecewa apabila percutiannya ke Tanjung Balau dicemari pemandangan tidak enak, dengan sampah sarap dilihat di segenap sudut kawasan pantai itu.
"Pengalaman Cuti-Cuti Malaysia saya menjadi buruk kerana sampah sarap yang dibuang merata tempat di Tanjung Balau.
"Kita kena lakukan sesuatu tentang perkara ini. Ia melampau dan sangat menyakitkan untuk dilihat," tulisnya sambil meletakkan tag akaun Tunku Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
#TMJ #Tunku Ismail Sultan Ibrahim #tanjung balau #kebersihan
;