Tolak provokasi dan fitnah terhadap PM - Idris Haron
Astro Awani
Mei 12, 2015 14:33 MYT
Mei 12, 2015 14:33 MYT
Kita perlu tolak segala provokasi dan fitnah yang dilemparkan terhadap PM - Idris Haron
Seluruh kepimpinan dan anggota Barisan Nasional (BN) perlu menolak segala provokasi dan fitnah yang dilempar segelintir pihak tidak bertanggungjawab demi menyokong penuh pentadbiran di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, hanya menerusi langkah itu sahaja yang mampu mengekalkan keharmonian dan pembangunan kemajuan negara untuk terus berkembang pesat.