SEPANG: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pengecualian bayaran tol selama dua hari bermula hari ini (8 Feb) dan Jumaat, 9 Feb sempena sambutan Tahun Baharu Cina adalah untuk memastikan rakyat merancang perjalanan balik ke kampung halaman masing-masing dengan sebaiknya.
Beliau berkata, cadangan asal adalah pada 9 Februari dan 10 Februari namun diawalkan memandangkan tidak ramai yang balik pada malam Tahun Baharu Cina.
"Tol percuma itu melalui Jemaah Menteri memang dibincang dan Kementerian Pengangkutan mencadangkan kepada Kementerian Kerja Raya supaya mengadakan inisiatif tol percuma dua hari sebelum hari perayaan.
"Cadangan asal ialah 9 Feb dan 10 Feb tetapi kita tahu hari pertama Tahun Baharu Cina tidak ramai yang balik kerana kebanyakan balik sebelum itu," katanya kepada media selepas pelepasan penumpang AirAsia bagi penerbangan lewat malam istimewa dengan tambang tetap berpatutan sempena musim perayaan dari Kuala Lumpur ke Sibu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, malam tadi.
Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Operasi Penerbangan) AirAsia Aviation Group, Datuk Kapten Chester Voo.
Loke berkata, keadaan lalu lintas dijangka sesak bermula esok dan meminta orang ramai supaya merancang perjalanan agar dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas serta pengguna jalan raya dinasihati berhati-hati dan berehat di tempat yang selamat jika penat.
Mengenai penerbangan lewat malam AirAsia dengan tambang tetap, beliau berkata, kerajaan menghargai komitmen AirAsia kerana sentiasa menawarkan tambang lebih nilai kepada para pelanggan mereka dengan tambang tetap berpatutan sempena musim perayaan termasuk penerbangan lewat malam ke Sabah dan Sarawak.
Loke berkata, inisiatif itu memberi manfaat kepada 22,000 penumpang dan memberi ruang kepada anak Sabah dan Sarawak kembali ke kampung halaman untuk sambutan Tahun Baharu Cina.
Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga menghargai sumbangan dan pengorbanan pekerja sektor penerbangan termasuk operator lapangan terbang, pegawai kawalan trafik udara dan pengendalian darat yang memainkan peranan penting memastikan inisiatif penerbangan lewat malam berjalan dengan lancar.
- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024

Pengecualian bayaran tol selama dua hari pada 8 Feb dan 9 Feb sempena sambutan Tahun Baharu Cina adalah untuk memastikan rakyat merancang perjalanan balik ke kampung halaman masing-masing dengan sebaiknya. - Gambar fail Bernama
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

MOT perkenal dasar galak industri kargo, pengangkutan guna ECRL
Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan dasar baharu bagi menggalakkan syarikat kargo dan pengangkutan menggunakan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Terminal Bersepadu Gombak berkonsep beli-belah bakal jadi tarikan baharu
Terminal Bersepadu Gombak (TBG) bukan sahaja menjadi hab pengangkutan utama ke Pantai Timur malah binaannya yang eksklusif berkonsepkan pusat beli-belah.

Orang ramai dijangka boleh guna Terminal Bersepadu Gombak hujung Mac untuk balik raya
TBG mempunyai tiga mod pengangkutan (bas, LRT, ECRL) dan menyediakan kemudahan seperti kedai runcit, premis makanan, dewan serba guna, dan platform khas untuk OKU.

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra mampu tampung 4 juta penumpang setahun
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa yang sedang dinaik taraf mampu menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setiap tahun apabila siap kelak.

MOT gantung 247 lesen pengendali kenderaan
Pada 2024 APAD telah menggantung 23 Permit Kenderaan atas kesalahan ketidakpatuhan keselamatan jalan raya.

Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi
Misi pencarian baharu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 11 tahun lalu telah dimulakan di Lautan Hindi.

Kerjasama Menzies-MMAG perkukuh sektor penerbangan Malaysia - Anthone Loke
Menzies Aviation menerima Lesen Pengendalian Darat daripada MAVCOM berkuat kuasa 1 Nov 2024 yang membolehkan syarikat itu memulakan operasi di Malaysia

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).

OKU maut di stesen LRT: Loke nafi sistem PIES gagal berfungsi
Menteri Pengangkutan menafikan Sistem Keselamatan Penumpang (PIES) di stesen LRT Titiwangsa gagal berfungsi ketika kejadian seorang penumpang OKU mati digilis.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.