Tol motosikal di tiga laluan dimansuhkan manakala kenaikan tol di semua lebuh raya dalam bandar dibekukan pada 2019.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini, mengumumkan kerajaan akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua, Johor, mulai 1 Jan 2019 dengan implikasi kewangan kira-kira RM20 juta setahun.
Beliau turut mengumumkan kerajaan akan membekukan kenaikan tol di semua lebuh raya dalam bandar pada 2019 yang melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM700 juta.
Dalam pembentangannya yang turut menyentuh mengenai pengangkutan awam, Lim berkata kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan yang meliputi perkhidmatan rel dan RapidKL mulai 1 Januari tahun depan (2019).
Selain itu, beliau berkata pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan bagi bas RapidKL sahaja juga disediakan.
Lim berkata kempen berkenaan akan diperluaskan bagi meliputi syarikat bas lain secara berperingkat.
"Skim ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah sebanyak beberapa ratus ringgit sebulan," katanya.
Lim berkata Prasarana Bhd, anak syarikat pengangkutan awam milik penuh kerajaan, akan memperbaiki jaringan perkhidmatan basnya dengan menggunakan sepenuhnya aset terkini merangkumi 1,131 bas RapidKL, 408 RapidPenang, 69 RapidKuantan dan 300 bas perantara MRT.
"Prasarana juga akan melaksanakan model usahasama dengan syarikat bas swasta lain untuk menguruskan laluan dan perkhidmatan serta mengawal kos bagi memaksimumkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan," katanya.
Bagi menambah baik liputan pengangkutan awam di Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memperuntukkan RM20 juta bagi menyediakan perkhidmatan tambahan bas GoKL secara percuma selain daripada empat laluan sedia ada, katanya.
Lim juga berkata kerajaan melalui Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) akan menyediakan Tabung Pengangkutan Awam dengan dana RM500 juta yang menawarkan insentif subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus kepada teksi dan syarikat bas serta pengendali perkhidmatan awam.
Beliau juga berkata kerajaan akan memberi peruntukan RM10 juta sebagai permulaan untuk menaik taraf Sistem Pelepasan Automatik Malaysia dan Motosikal Rakyat Malaysia (M-Bike) di Laluan Tambak Johor dan Laluan Kedua ke Singapura.
Menyentuh mengenai aktiviti logistik dan pengangkutan, Lim berkata kerajaan akan memperuntukkan RM2.46 bilion bagi kerja menaik taraf dan memulihara landasan kereta api untuk mempertingkatkan insfrastruktur pengangkutan negara.
Bagi pelaksanaan peringkat awal projek Zon Sempadan Khas Ekonomi Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam, Kedah sebagai pintu gerbang strategik bagi aktiviti perdagangan dua hala antara Malaysia dan Thailand, ia merangkumi pembangunan 'truck depot' dengan peruntukan RM25 juta, katanya.
Lim berkata kerajaan bercadang untuk menjadikan tanah seluas 380 ekar di Pulau Indah sebagai zon perdagangan bebas untuk menyokong dan memangkin aktiviti perkapalan dan logistik di Pelabuhan Klang.
Beliau berkata zon bebas baharu itu akan menjadi sambungan kepada Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
"Tanah ini akan dimajukan melalui kaedah penswastaan atau usahasama dengan sektor swasta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018
![Tol motosikal mansuh, kenaikan tol dalam bandar beku Tol motosikal mansuh, kenaikan tol dalam bandar beku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61541156847_PlazaTol.jpg)
kerajaan akan membekukan kenaikan tol di semua lebuh raya dalam bandar pada 2019 yang melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM700 juta. - Gambar fail/BERNAMA
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Henti geran percuma usahawan bumiputera, satu langkah tidak produktif - Abdul Rahman Henti geran percuma usahawan bumiputera, satu langkah tidak produktif - Abdul Rahman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61566612269_rahmandahlan.jpg)
Henti geran percuma usahawan bumiputera, satu langkah tidak produktif - Abdul Rahman
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, jika benar bantuan geran modal kepada syarikat bumiputera itu dihentikan, banyak di antara usahawan bumiputera yang akan menjadi mangsa.
![Perbelanjaan kerajaan selari unjuran Bajet 2019 Perbelanjaan kerajaan selari unjuran Bajet 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41564580105_AmiruddinHamzah.jpg)
Perbelanjaan kerajaan selari unjuran Bajet 2019
Perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan negara setakat pertengahan tahun ini adalah selari dengan unjuran Bajet 2019.
![Bonus kedua kepada penjawat awam Perak dibayar 16 Mei ini Bonus kedua kepada penjawat awam Perak dibayar 16 Mei ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51557501074_AhmadFaizal.jpg)
Bonus kedua kepada penjawat awam Perak dibayar 16 Mei ini
Bayaran berkenaan melibatkan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM2,000 seorang seperti diumumkan dalam Bajet 2019 Negeri Perak, November lalu.
![Bajet 2019: DBKL peruntuk RM2.896 bilion untuk memenuhi aspirasi warga kota Bajet 2019: DBKL peruntuk RM2.896 bilion untuk memenuhi aspirasi warga kota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41538447586_DatukNorHishamAhm.jpg)
Bajet 2019: DBKL peruntuk RM2.896 bilion untuk memenuhi aspirasi warga kota
Anggaran hasil 2019 dijangka menurun kepada RM2.465 bilion berbanding RM 2.667 bilion dalam tahun 2018 iaitu penurunan sebanyak 7.5 peratus.
![Rebat bil elektrik RM40 kepada 185,000 miskin tegar tahun hadapan Rebat bil elektrik RM40 kepada 185,000 miskin tegar tahun hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71513489271_tnb.jpg)
Rebat bil elektrik RM40 kepada 185,000 miskin tegar tahun hadapan
Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan program bantuan kerajaan secara bersasar khusus kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.
![Belanjawan 2019 diluluskan Dewan Rakyat Belanjawan 2019 diluluskan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81541133856_belanjawan.jpg)
Belanjawan 2019 diluluskan Dewan Rakyat
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan keputusan itu pada kira-kira 10.20 malam tadi.
![RM98 juta peruntukan Belanjawan 2019 Kementerian Pertahanan untuk veteran RM98 juta peruntukan Belanjawan 2019 Kementerian Pertahanan untuk veteran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81528817791_MohamadSabu.jpg)
RM98 juta peruntukan Belanjawan 2019 Kementerian Pertahanan untuk veteran
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata peruntukan itu meningkat sebanyak RM20 juta berbanding RM78 juta yang diperuntukan kerajaan sebelum ini.
![MPM bimbang jurang kekayaan semakin melebar MPM bimbang jurang kekayaan semakin melebar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41541783066_OrangRamai.jpg)
MPM bimbang jurang kekayaan semakin melebar
Datuk Akbar Ali berkata Belanjawan 2019 tidak menangani secara jelas bahagian pertama Tonggak II rancangan pembangunan lima tahun itu.
![Cukai 5% terhadap semua aktiviti petroleum di Sarawak Cukai 5% terhadap semua aktiviti petroleum di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51527173520_AmarAbangJohariTu.jpg)
Cukai 5% terhadap semua aktiviti petroleum di Sarawak
Sarawak akan melaksanakan cukai jualan 5% terhadap segala aktiviti petroleum di negeri berkenaan berkuat kuasa 1 Januari depan.
![Sistem baharu mampu selesaikan lambakan rumah tidak terjual - Tun Mahathir Sistem baharu mampu selesaikan lambakan rumah tidak terjual - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61541307104_TunM.jpg)
Sistem baharu mampu selesaikan lambakan rumah tidak terjual - Tun Mahathir
Sistem baharu melalui platform property crowdfunding akan memberi penyelesaian kepada isu lambakan rumah tidak terjual dan memastikan orang ramai mampu memiliki kediaman sendiri.