Tokong musnah dijilat api

Adie Sufian Zulkefli
Februari 13, 2024 10:30 MYT
Sebuah tokong Cina yang terletak bersebelahan Balai Polis Serdang, Bandar Baharu, Kedah musnah dalam kejadian kebakaran malam tadi.
BANDAR BAHARU: Sebuah tokong Cina yang terletak bersebelahan Balai Polis Serdang musnah dalam kejadian kebakaran malam tadi.
Kebakaran itu berlaku ketika masih suasana sambutan Tahun Baharu Cina.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Shahir Reza Ruslal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 10.29 malam.
Beliau berkata, sebaik panggilan diterima sepasukan anggota dari BBP Serdang yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Farah Ishak bersama enam anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.
"Setiba di lokasi api sedang marak dan ketika itu angin kuat menyebabkan api marak dengan cepat.
"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada mangsa dilaporkan berada dalam tokong itu ketika kejadian.
"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohd Shahir berkata, operasi turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Selama, Perak dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.
Api berjaya dipadam sepenuhnya dan kebakaran melibatkan 100 peratus.
#kebakaran #tokong Cina #Tahun Baharu Cina #kemalangan jiwa
;