Tok Nan terus dirindui ...
Munirah Mudzamli
Januari 11, 2021 13:27 MYT
Januari 11, 2021 13:27 MYT
KUCHING: Hari ini, 11 Januari 2020, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.
Mesra dengan panggilan Tok Nan, Allahyarham amat dirindui dan kerinduan terhadap sosok yang lantang menyuarakan hak-hak Sarawak itu dizahirkan rakyat Bumi Kenyalang menerusi media sosial mereka.
Walaupun sudah empat tahun berlalu, nasihat Tok Nan masih tersemat di sanubari dan pemikiran rakyat.
Bagi pemilik akaun Twitter Nica @annisaftha, dia menzahirkan amanat itu menerusi ciapan di Twitternya hari ini.
Pandangan sama turut dizahirkan pemilik akaun @BelleSudan yang menyatakan Sarawak terhutang budi kepada kesungguhan Tok Nan menjaga Sarawak.
Dengan iringan doa, seluruh rakyat sarawak perlu menghargai sumbagan Tok Nan kepada negeri pertiwi tercinta.
Ketegasan Allahyarham Tok Nan ketika menggalas tugas sebagai Ketua Menteri Sarawak amat disegani rakyat negeri itu.
Ketegasan itu terbukti apabila Allahyarham Tok Nan lantang menyuarakan mengenai hak autonomi rakyat dan negeri.
Al-Fatihah.
#Adenan Satem
#Tok Nan
#Tok Nan dirindui
#Ketua Menteri Sarawak
#meninggal dunia
#autonomi Sarawak
#pemergian Tok Nan