Tok Mun kembali bertanding di PRU13

Astro Awani
April 4, 2013 12:59 MYT
Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun bakal menjadi calon pilihan raya tertua pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila mengesahkan akan sekali lagi bertanding untuk kerusi parlimen Kuala Terengganu.
Beliau yang berumur 94 tahun hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri kira-kira jam 10 pagi untuk mendapatkan borang pendaftaran calon.
Penolong Pengarah SPR Negeri, Nurul Ajleaa Azmi kemudiannya menyerahkan borang kepadanya
Ini adalah cubaan kedua beliau yang tewas pada pilihan raya 2008 lalu kepada dua lagi calon Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) dan Mohamad Sabu (Pas) .
Tok Mun yang bertanding sebagai calon Bebas dengan menggunakan simbol kunci hanya berjaya meraih 685 undi manakala Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) memperoleh 35,562 undi dan Mohamad Sabu (Pas) yang mendapat sebanyak 31,934 undi.
#calon #Maimun Yusof #PRU13 #SPR Terengganu #tertua #Tok Mun
;